Ejen kereta terpakai telah melakukan penipuan dengan mengutip RM1,800 sebagai yuran pemeriksaan Puspakom daripada pelanggan, sedangkan yuran yang dikenakan hanyalah RM90.

KUALA LUMPUR – Puspakom menutup operasi cawangannya di Petaling Jaya bermula 31 Ogos ini.

Penutupan ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan memastikan pelanggan sentiasa mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada Puspakom.

Susulan penutupan itu, pelanggan boleh mengunjungi ke cawangan-cawangan alternatif di sekitar Lembah Klang iaitu di:
1. PUSPAKOM Glenmarie
No. 19, Jalan Pengetua U1/32, HICOM Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor.

2. PUSPAKOM Padang Jawa
Lot 1, Jalan Padang Jawa, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

3. PUSPAKOM Cheras
No. 1 & 3, Jalan 1/118C, Desa Tun Razak Industrial Park, 56000 Cheras Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, penutupan cawangan Petaling Jaya merupakan langkah strategik syarikat dan tidak akan menjejaskan mutu perkhidmatan.

Malah Puspakom telah melanjutkan waktu operasi cawangan Glenmarie bermula 2 September 2024 dari jam 7 pagi sehingga 11 malam untuk memberikan kemudahan lebih fleksibel kepada pelanggan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast