Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ahli Parlimen Merbok, Mohd Nazri Abu Hassan mendakwa mereka menjadi saksi hidup mengetahui sebanyak 115 Surat Akuan Bersumpah (SD) diserahkan kepada Istana Negara pada 20 November 2022.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, beliau dan Mohd Nazri juga mengesahkan kewujudan semua SD itu kerana mereka berdua antara ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang telah menandatangani dokumen tersebut.

“Kami berdua antara orang yang menandatangani SD pada 20 November 2022, sehari sebelum diserahkan sejumlah 115 SD kepada pihak Istana Negara.

“Saya telah menyaksikan kewujudan sejumlah 115 SD dan ia telah diserahkan kepada Kolonel Bersara Datuk Nazim Mohd Alim, bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah.

“Proses yang Tan Sri Muhyiddin jelaskan dalam ceramah di Nenggiri itu memang berlaku malah ada cop terima dan dihantar sebelum waktu tarikh tutup yang ditetapkan oleh Istana Negara,” katanya pada sidang media di sini hari ini

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai ucapan Muhyiddin yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Ucapan Muhyiddin itu antara lain menyentuh pelantikan Perdana Menteri ke-10 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 2022.

Selain itu, Wan Ahmad Fayhsal mendakwa, kewujudan 115 SD itu turut disahkan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam satu temubual bersama sebuah portal berita pada 20 April 2023.

“Saya ada di rumah Tan Sri Muhyiddin ketika itu, sebaik sahaja kami tahu keputusan, malam pilihan raya itu (PRU-15), saya terus bertolak di awal pagi dari Kota Bharu ke rumah Tan Sri Muhyiddin.

“Pada jam 10 pagi, rombongan GPS yang diketuai oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg sampai ke rumah Tan Sri.

“Mereka juga membawa sejumlah SD daripada GPS ketika itu 23 SD di mana satu SD belum siap sebab Baram (Parlimen) belum selesai masa itu,” katanya.

Beliau turut mempertahankan ucapan Muhyiddin yang menyentuh pentadbiran YDPA ke-16 dan proses pelantikan Perdana Menteri ke-10 dengan mengatakan ia hanyalah fakta sejarah semata-mata.

“Pokoknya dalam intipati ceramah Tan Sri Muhyiddin itu adalah kenyataan fakta, tidak ada sama sekali Tan Sri menyinggung atau memperlekeh atau mempersoalkan kuasa yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan kepada YDPA ke-16 ketika itu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Haaa…satu ko saksi tak boleh pakai.2) Ko tipu primer Sarawak kononnya BN UMNO sokong Muhyidin 3) Nak pilih PM bukan dgn SD tetapi ko kena buktikan di parlimen laaaa..buat undi tak percaya kepada PMX..sembang kari

    • Wan Ahmad Fayhsa tak boleh percaya ,salahguna kuasa sebab guna surat layang bagi memburukan orang.Dalam parlimen berani lah sebab ada kekebalan , kenapa dia tak buat report resmi..
      Kalau DNA sakau tetap puar belit.

Comments are closed.