Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 22 OGOS 2024.

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO akan tetap bekerja biarpun tidak dipilih bagi mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata pihaknya akan akur kepada keputusan pucuk pimpinan mengenai sayap mana yang akan diberikan peluang untuk meletakan calon.

“Apa sekalipun kita akan akur pada pimpinan parti. Pemuda kita ada calon kita, Wanita ada calon mereka, semua ada calon masing, tidak salah

“Sudah pasti nanti calon UMNO adalah calon yang terbaik dan kita akan pastikan calon itu calon terbaik,” katanya dalam sidang media selepas penggulungan Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL).

Dr Akmal berkata demikian mengulas pertanyaan media mengenai pertindihan usul daripada Wanita UMNO yang turur menuntut kerusi berkenaan pada penggulungan Perhimpunan Pergerakan Wanita UMNO, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Akmal berkata calon yang ingin diketengahkan oleh sayap Pemuda itu adalah calon terbaik bagi mewakili BN di DUN Mahkota.

“Saya jarang mengusulkan calon tetapi kalau kita usulkan calon itu memang kita rasakan calon yang paling baik untuk rakyat di kawasan berkenaan seperti apa yang kita menang di PRK DUN Nenggiri.

“Kalau kita lihat di Nenggiri, kita datang tempat yang kalah tapi masa itu kekuatan calon kita mengatasi segala-galanya.

“Apabila kita bagitahu pada mereka, Azmawi ini sudah lama berkhidmat jadi sudah tentu ini formula Pemuda UMNO dan di DUN Mahkota Pemdua UMNO mencalonkan calon yang kita rasakan sangat baik tetapi itu tidak menjadikan kita calon kita tidak dipilih kita tidak mahu bekerja,” katanya lagi.

Pemuda UMNO petang ini mengusulkan nama Ketua Pemuda UMNO Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah sebagai calon mereka bagi PRK DUN Mahkota.

Sabtu lalu, calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang pada PRK DUN Nenggiri.

Mohd Azmawi Fikri mendapat 9,091 undi dengan majoriti 3,352 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail (5,739 undi). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast