Pengerusi HAWA,Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil bergambar selepas Majlis Pelancaran dan Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) Friends of HAWA di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 23 OGOS 2024.

KUALA LUMPUR – Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia (HAWA) yang ditubuhkan lebih setahun lalu berjaya mengumpul, mendekati dan bekerjasama dengan kira-kira 200 badan bukan kerajaan (NGO).

Pengerusinya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, HAWA turut berjaya menjalinkan kerjasama dengan kumpulan profesional dan ahli akademik.

“Program kita semua dengan masyarakat awam, ahli akademik dan profesional untuk merapatkan mereka dan HAWA menjadi penyambung supaya mereka ada saluran untuk menyuarakan isu dan sebagainya.

“Alhamdullilah dalam setahun lima bulan ini kita telah menjalankan tugas dan mendapat sambutan yang mengalakkan dengan NGO.

“Di seluruh negara kita ada pengerusi dan jawatankuasa pemandu serta memberi tumpuan terhadap tujuh bidang,” katanya kepada media.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Pengerusi HAWA,Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Friends of HAWA di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 23 OGOS 2024.

Beliau ditemui selepas Majlis Pelancaran dan Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) Friends of HAWA di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur yang berlangsung sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di sini hari ini.

Turut hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Apa pun, saya nampak kebangitan semula UMNO di bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Inilah yang sebenarnya kita mahu lihat supaya UMNO maju ke hadapan. Dalam perjuangan kita tak boleh statik. Maka HAWA ini salah satu cara kita menginovasikan UMNO.

“Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi seorang berwasasan, dia sudah nampak kalau kita tidak hantar pasukan untuk mendekati rakyat bukan sahaja di cawangan dan bahagian, kalau nak relevan kena keluar dari kepompong itu.

“HAWA ini adalah satu daripada game changer, ok it will be a game changer in the party,” kata Shahrizat.

Bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dipilih sebagai Timbalan Pengerusi HAWA.

HAWA ditubuhkan dengan tekad untuk menjadi penghubung yang menyatukan suara masyarakat awam dan para pakar rujuk dari bidang profesional dan akademik untuk melandaskan arah tujunya.

Dalam ucapan Dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 hari ini, Ahmad Zahid mahu UMNO mendekati dan menyatukan NGO Melayu menerusi gerakan yang dinamakan Rumpun Melayu.

Menurut Ahmad Zahid, HAWA turut memainkan peranan penting dalam penyatuan NGO terbabit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast