Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Polis mengesahkan gambar tular yang menunjukkan sebuah kereta Nissan Almera di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur, bukan milik penjahat.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Ravindar Singh dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada pengadu yang juga pemandu kereta berkenaan pada 22 Ogos lalu.

Katanya, pengadu yang merupakan seorang lelaki bukan warganegara memberitahu, tujuannya selalu berada di kawasan tersebut hanya untuk menjemput tunang yang berniaga di hadapan sekolah itu.

Dia juga menafikan tuduhan niat untuk menculik pelajar sekolah seperti yang ditularkan menerusi pesanan di aplikasi WhatsApp.

“Pihak Polis Cheras menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam.

“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian jenayah, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” katanya.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast