Mati Lemas: Rakan Gagal Selamatkan Mangsa Kerana Kehabisan Tenaga #MGFlash

Seorang remaja mati lemas ketika mandi bersama enam rakannya di Sungai Terengganu, Kampung Batin, Seberang Takir, Terengganu, petang semalam.

Nor Danish Hafidz Nor Azman, 15 tahun, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, dikatakan ke sungai itu selepas pulang dari sekolah.