Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh menaikkan bendera UMNO "Sang Saka Bangsa" sempena perasmian Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 23 OGOS 2024.

KUALA LUMPUR – Sesi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) hari ini dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah terhadap kematian pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh di Iran, bulan lalu.

Menurut Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Aminuddin, ia sebagai tanda solidariti terhadap kematian tersebut dan apa yang menghimpit rakyat Palestin kini.

“Mereka saudara kita. Kita makan nasi, mereka makan rumput, jadi kita bersimpati dan menghayati kembalinya pejuang-pejuang Palestin maka kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Ismail Haniyeh yang telah syahid,” kataya sebelum memulakan sidang PAU2024, pagi ini.

Sebelum itu, semua kepimpinan UMNO yang hadir hari ini dilihat memakai selendang lambang Palestin ketika memasuki Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), hari ini.

Pada 31 Julai lalu, pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan meninggal dunia akibat dibunuh di Iran.

Pemergian pemimpin tertinggi itu dirancang oleh rejim zionis dalam satu serangan khianat di kediamannya di Tehran.

Kali terakhir, beliau dilihat mengadakan pertemuan dengan Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei dan Setiausaha Agung Gerakan Jihad Islam Palestin, Ziyad al-Nakhalah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast