Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas hadir pada Pembukaan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 23 OGOS 2024.

KUALA LUMPUR – UMNO mempunyai alasan kukuh dengan mengambil pendirian untuk tidak bergerak solo, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO itu menegaskan, pendirian itu diambil bagi mengelak pertindihan kerusi antara parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

“Kini kita menjadi salah satu komponen dalam Kerajaan Perpaduan, oleh sebab itu, untuk mengelak pertindihan kerusi umpamanya dan mengelak jentera bertembung di kerusi.

“Maka kita harus bekerjasama sama tapi kita tetap menggunakan lambang dacing,” katanya ketika ditemui media di Hotel Sri Pasific hari ini.

Hadir sama adalah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Dalam ucapan dasarnya hari ini, Ahmd Zahid memberikan bayangan UMNO BN tidak akan bergerak solo dalam Pilihan Raya Umum ke 16 (PRU-16).

Katanya, sokongan ahli UMNO semata-mata tidak mampu untuk memenangkan parti itu kerana yang menjadi penentu adalah pengundi luar yang jauh lebih besar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast