Seramai 301 mangsa banjir daripada 86 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasan Dengkil akibat banjir kilat yang melanda beberapa kawasan ekoran hujan lebat semalam.
Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu, berkata ia dibuka membabitkan Dewan Orang Ramai Kampung Ahmad Razali , Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Balairaya Kampung Semarang, Dewan Orang Ramai Dengkil dan Sekolah Rendah Agama Kampung Ahmad Razali.