Datuk Khaidiriah Abu Zahar

KUALA LUMPUR – UMNO tidak boleh berhenti dalam mencari kaedah dan formula paling tepat untuk mendampingi pengundi dalam kalangan orang muda.

Wakil Melaka, Datuk Khaidiriah Abu Zahar berkata, dalam tempoh dua tahun selepas Pilihan raya Negeri (PRN) di Melaka dan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, beliau merasakan UMNO telah melalui pelbagai rencam.

Malah, menerusi kaedah dan formula yang telahpun diusahakan ada diantara yang digunapakai menjadi dan juga disebaliknya.

“Mendampingi orang muda ini atas dua sebab, satu untuk melebarkan pengaruh dan satu lagi untuk menambahkan lagi sokongan.

“Memang kita nak dapatkanlah sokongan dari orang muda, yang kedua kita nak melatih orang muda sebagai pemimpin lapisan akan datang.

“Jadi, engagement kedua-dua kumpulan ini kita boleh melahirkan kedua-dua kumpulan daripada kumpulan sasaran yang mempunyai approach (pendekatan) yang berbeza,” katanya ketika ditemui sebelum sesi perbahasan pada Persidangan Agung UMNO 2024 (PAU) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Dalam pada itu Khaidiriah yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin berkata, ahli-ahli UMNO perlu menambah baik penggunaan media sosial kerana disebabkan teknologi itu, UMNO telah kalah teruk pada pilihan raya umum (PRU) yang lalu.

Katanya, meskipun semua ahli UMNO mempunyai gerak kerja sendiri tetapi, penggunaan media sosial dalam menarik golongan muda perlulah memberi impak yang berkesan.

Tambahnya,isi kandungan yang hendak digunakan mestilah mempunyai susunan penceritaan yang sesuai dengan perkembangan semasa dan tidak boleh dibuat dengan sesuka hati. – MalaysiaGazette