Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim gimik perasmian pada majlis Ucaptama dan perasmian muktamar Masjid Semalaysia untuk Al-Aqsa dan Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 25 OGOS 2024.

KUALA LUMPUR – Kerjasama politik antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini pada tahap yang sangat memuaskan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi PH itu berkata, dengan rekod kerjasama baik itu tidak menghalang untuk kedua-dua gagasan politik untuk meneruskan kerjasama politik khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang.

“Hubungan kita dengan UMNO dan BN masih di tahap yang sangat baik.

“Jadi setakat ini kerjasama itu sangat memuaskan. Untuk masa depan itu kita masih buka ruang untuk berbincang cara baik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, tiada sebab untuk parti itu bergerak secara solo pada pilihan raya akan datang.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, ia mengambil kira keserasian yang ditunjukkan parti Melayu itu dalam Kerajaan Perpaduan.

Katanya, dengan keserasian itu, beliau berharap untuk melihat kerjasama antara BN dan PH dapat diteruskan sehingga PRU-16. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast