Mohd Zuki Ali

KUALA LUMPUR – Mantan Ketua Setiausaha Negara ke-15, Tan Sri Mohd Zuki Ali dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baharu, berkuatkuasa 1 September 2024.

Lembaga KWSP menerusi kenyataan rasmi hari ini berkata, Mohd Zuki akan menggantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yang telah memegang jawatan itu sejak 1 Mei 2020.

Artikel berkaitan:  Shamsul Azri KSN baharu

“Lembaga KWSP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Ahmad Badri di atas kepimpinan dan sumbangan besar beliau yang telah meletakkan KWSP pada tahap kecemerlangan yang berterusan.

“Pada masa yang sama, Lembaga KWSP mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Mohd Zuki, yang berpengalaman luas dalam sektor kerajaan dan mempunyai hala tuju strategik untuk terus memacu KWSP ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

KWSP akan terus memainkan peranan penting dalam menjamin kesejahteraan kewangan dan simpanan persaraan ahli khususnya dalam membantu membina masa depan yang lebih baik. – MalaysiaGazette

Mohd Zuki anggap persaraan hadiah istimewa hari jadi ke-62