Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia memeriksa sekitar lubang di mana seorang wanita warganegara India dipercayai telah terjatuh kira-kira 10 meter sebelum tertimbus oleh tanah mendap di Masjid India, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 25 OGOS 2024

KUALA LUMPUR – Usaha mencari wanita warga India yang terjerlus ke dalam tanah di Masjid India minggu lalu akan disambung pagi ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkata, teknik flushing telah digunakan secara berperingkat bermula petang semalam dalam operasi mencari mangsa.

Walau bagaimanapun, setelah dua kali teknik flushing dilakukan, mangsa masih belum ditemui.

“Pada sebelah malam pula, pihak IWK telah memulakan flushing yang dilaksanakan di manhole 5 dan mengambil masa sehingga jam 2 pagi tadi,” katanya. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: Polis cari lelaki gelandangan nampak mangsa tertimbus di Masjid India

Kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India disebabkan faktor geografi – TPM

Alexander taja 40 pek makanan kepada pengamal media bertugas di Masjid India

Polis saran peniaga di Masjid India tutup premis sementara, elak risiko gas beracun

Kurangkan pergerakan di Jalan Masjid India- Polis

Kawasan Masjid India, selamat, boleh teruskan perniagaan- Datuk Bandar KL

15 anggota bomba terlibat selamatkan wanita tertimbus di Masjid India

Wanita warga India tertimbus pada kedalaman 10 meter depan Masjid India