KUALA LUMPUR – Sebuah jengkaut dibawa masuk ke kawasan tanah jerlus di Masjid India petang ini, dipercayai untuk meluaskan kawasan galian bagi memudahkan proses pencarian wanita warga India yang masih belum ditemui.
Jengkaut itu memasuki kawasan tersebut pada jam 2.45 petang tadi.
MalaysiaGazette difahamkan jengkaut tersebut akan mengorek tanah lebih besar, sekali gus memudahkan proses pencarian wanita malang itu.
Pada masa sama, pasukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut dilihat membawa beberapa peralatan ke tempat berkenaan.
Namun sehingga berita ini ditulis, tiada sebarang maklumat rasmi diperoleh dari pihak berkuasa.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain turut datang ke lokasi kejadian sekitar jam 3.30 petang tadi bagi mendapatkan perkembangan lanjut operasi SAR yang sudah masuk hari kelima. – MalaysiaGazette