Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Myanmar yang menjadi ejen sindiket membawa masuk kumpulan warga asing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) tanpa melalui pemeriksaan yang sepatutnya akan didakwa di Mahkamah Shah Alam, Selangor esok.

Lelaki warga Myanmar berkenaan meruoakan antara 12 individu, termasuk lima penguat kuasa sebuah agensi pengutkuasaan, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 20 Ogos lalu menerusi Op Pump yang dijalankan SPRM di sekitar Lembah Klang, Kelantan dan Pulau Pinang.

Susulan tangkapan itu, lelaki warga Myanmar itu yang berperanan sebagai ejen dengan menguruskan kemasukan kumpulan warga asing dan membayar wang rasuah kepada penguat kuasa menerusi modus operandi ‘counter setting’ direman selama lima hari pada 21 hingga 25 Ogos 2024.

Sindiket ini dipercayai telah bersekongkol dengan penguat kuasa di pintu masuk udara negara dengan membayar wang rasuah antara RM500 hingga RM2,500 kepada beberapa penguat kuasa. – MalaysiaGazette