KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Sivil di sini hari ini dimaklumkan kes saman fitnah pelakon Puteri Sarah Liyana terhadap Wiwie Darvienda Mazweena akan diselesaikan cara baik.
Peguam mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader mendedahkan, perbicaraan yang sepatutnya bermula tidak akan diteruskan memandangkan plaintif dan defenden bersetuju untuk berbincang serta menyelesaikan isu itu dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Kesemua syarat berkenaan dibacakan dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Hakim Yasmin Abdul Razak hari ini.
Ketika prosiding Wiwie Darvienda yang juga bekas kakak ipar Ira Kazar tampil memohon maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah di hadapan hakim.
Dalam pada itu, difahamkan, defendan juga perlu memohon maaf di laman sosial Instagram miliknya selama tujuh hari berturut-turut.
Pada 30 Ogos tahun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman selepas Wiwie Darvineda membuat beberapa kenyataan berbaur fitnah dan tidak wajar terhadap pelakon itu dalam laman Instagram.- MalaysiaGazette