KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Puteri Sarah Liyana mahu mengambil tindakan saman terhadap kakak ipar kepada Ira Kazar iaitu Wiwie Darvienda Mazweena.
“Saya sudah settle dengan Syamsul dah elok dah dan kami bahagia dengan hidup kami masing-masing. Dan ada entah datang dari mana bercakap buruk mengenai kami? Meroyan kat close friends kau?.” tulisnya.
Sementara itu, pelakon berkenaan yang juga bekas isteri Syamsul Yusof itu menegaskan akan meneruskan saman terhadap Wiwie.
Ujarnya, tindakan tersebut dibuat memandangkan kakak ipar Ira Kazar itu terus menjaja cerita mengenai dirinya di media sosial.
“Dah tarik saman dah cukup baik, kau patut bersyukur but NO! Masih nak menjaja cerita tak tau nak publisit ke apa. This time around, no more mercy.
“See you in court terus Wiwie Darvienda Mazweena. Dan saya akan laporkan anda kepada boss anda dalam AIA Malaysia. Anda patut malu dengan diri anda. Attention seeker,” luahnya.
Pada 14 Jun lalu, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah, 38, bercerai dengan talak satu selepas mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4. – MalaysiaGazette