Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang selepas terjatuh dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India, diteruskan malam ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataannya memaklumkan, sejak dimulakan jam 9.30 pagi tadi, ia membabitkan Agensi Nuklear Malaysia dengan menggunakan Ground Penetrating Radar (GPR) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Mineral dan Geo Sains.