Hampir 10,000 peserta daripada 161 kontinjen berarak sejauh 4.8 kilometer, bermula daripada Padang Dataran Pahlawan dan tamat di Stadium Hang Tuah.

MELAKA – Kira-kira 50,000 masyarakat pelbagai kaum membanjiri Persiaran Jalan Merdeka, Banda Hilir di sini sejak 6 pagi tadi untuk melihat perarakan dan pertunjukan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2024 Peringkat Negeri Melaka.

Hujan lebat bermula pukul 6.30 pagi sebelum renyai-renyai dan mulai reda sekitar 11 pagi menyemarakkan lagi semangat pengunjung untuk menyaksikan persembahan 10,000 peserta terdiri daripada 161 buah kontinjen daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Antara persembahan yang mencuri tumpuan adalah Pertunjukan Lintas Udara daripada Unit Udara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang julungnya kali diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Hampir 10,000 peserta daripada 161 kontinjen berarak sejauh 4.8 kilometer, bermula daripada Padang Dataran Pahlawan dan tamat di Stadium Hang Tuah.

Antara kenamaan yang hadir adalah Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta barisan kepimpinan negeri.

Antara kenamaan yang hadir adalah Yang Di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta barisan kepimpinan negeri.

Selain persembahan padang, perarakan kontinjen dan pertunjukan udara, Perarakan Bot dan Jet Ski di Sungai Melaka yang bermula di Taman Rempah, Pengkalan Rama dan berakhir di jeti Casa Del Rio turut menjadi tumpuan pengunjung yang dipaparkan menerusi tayangan skrin gergasi

Pengunjung turut dihiburkan dengan perarakan kenderaan masuk padang yang akan terdiri daripada 845 buah kenderaan dengan 1,734 bilangan peserta.

Antaranya seperti aset tentera, basikal tua, motosikal berkuasa tinggi dan beca, kenderaan elektrik, bas Panorama dan kereta mini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast