KUALA LUMPUR – Pasukan Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang mangsa kejadian tanah jerlus semalam membuat korekan sedalam satu hingga dua meter berskala kecil di manhole 1(ground zero).
Namun, penemuan adalah negatif, menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),
“Korekan dibuat setelah Ground Penetrating Radar (GPR) mengesan kemungkinan terdapat objek (anomaly) berada 1.0 meter bawah tanah dalam kawasan ground zero,” katanya menerusi kenyataan.
Susulan itu kerja-kerja dihentikan pada 10.15 malam tadi.
Operasi itu bagi mencari mangsa kejadian tanah jerlus, Vijaya Lakshmi, 48, di Masjid India yang sudah pun memasuki hari kesembilan. -MalaysiaGazette