Lelaki Maut Dihempap Timbunan Kayu #MGFlash

Seorang lelaki maut dihempap timbunan kayu di tempat kerjanya dalam kejadian di sebuah kilang kayu di Ayer Tawar dekat Sitiawan Perak semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 11.20 pagi melalui maklumat orang awam berhubung kejadian yang menimpa mangsa berusia 41 tahun itu.