Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menerusi halaman Facebook menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia 2024 buat seluruh rakyat Malaysia.
Titah baginda, Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 tahun ini merupakan tahun pertama baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan hadiah yang paling bermakna adalah perpaduan antara kaum iaitu merupakan kunci kepada kemakmuran negara.