Mayat warga emas ditemukan dalam paya. FOTO Bomba

KUALA LUMPUR- Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan di dalam paya di sebuah kebun dekat Nilam Puri, Ketereh, Kelantan, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Hasri Husin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu oleh penduduk kampung 10.10 pagi tadi.

Katanya, mangsa, Fakhrurazi Mamat, 65, beralamat di Kampung Belukar Beta Hulu, Nilam Puri.

“Anggota bomba berjaya membawa mangsa keluar dan operasi tamat 11.12 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, Fakhrurazi dipercayai keluar ke kebun miliknya dan tidak pulang ke rumah sejak 6.30 petang semalam sebelum laporan polis dibuat ahli keluarganya.

Penduduk kampung yang mengadakan gerakan mencari menemukan mayat warga emas di dalam paya yang dibina untuk menakung air di kebun berkenaan.-MalaysiaGazette