Presiden AS, Joe Biden Foto oleh SAUL LOEB/AFP

WASHINGTON- Pihak terbabit dalam rundingan gencatan senjata di Gaza telah mencapai persetujuan asas berhubung satu perjanjian yang boleh menjadi kenyataan, kata Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, semalam, lapor Sputnik.

“Kita fikir boleh mencapai perjanjian itu… kesemua mereka menyatakan bersetuju secara prinsip,” katanya sebagaimana dipetik oleh ‘pool’ Rumah Putih.

Biden yang optimis mengenai perkembangan rundingan itu, setakat ini, turut memaklumkan bahawa pihak terbabit dalam rundingan berkenaan kini di ambang mencapai perjanjian.

“Sudah tiba masanya untuk perang ini berakhir,” katanya. – BERNAMA-SPUTNIK