KUALA LUMPUR – Pengurusan Kedah Darul Aman (KDA) FC mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan dan dedikasi Habib Haroon sepanjang bersama pasukan Sang Kenari musim ini.

KDA dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menghormati keputusan Habib  menamatkan kontrak lebih awal  memandangkan beliau mempunyai komitmen peribadi di Bahrain.

“Kudrat yang beliau taburkan sebagai perancang pasukan telah banyak memberi kesan positif dalam prestasi semasa sehingga layak ke pentas separuh akhir Piala FA 2024/25, dan seluruh warga KDA FC menghargai semua usaha beliau di atas dan luar padang.

”Perjalanan Habib dan KDA FC bersama berakhir di sini, kami doakan agar beliau terus berjaya di masa hadapan.

“Selamat maju jaya, dan semoga Habib mencapai segala yang diimpikan dalam langkah seterusnya,” tulis KDA di Facebook kelab itu sebentar tadi.

Habib antara pemain import KDA musim ini dan dia menjadi tonggak pilihan jurulatih, Nafuzi Zain di bahagian tengah.  – MalaysiaGazette