Laluan antara Jalan Lembah Permai ke Loji Rawatan Air Guillemard di Tanjung Tokong, Pulau Pinang ditutup selama tiga hari bermula semalam.

GEORGE TOWN – Laluan antara Jalan Lembah Permai ke Loji Rawatan Air Guillemard di Tanjung Tokong, di sini, ditutup selama tiga hari bagi membolehkan kerja pembersihan pokok tumbang di kawasan berkenaan.

Wakil Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berkata, kerja pembersihan pokok tumbang itu membabitkan perbadanan berkenaan dengan permit yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Berdasarkan permit yang dikeluarkan, jalan tersebut ditutup kepada laluan orang ramai selama tiga hari bermula semalam.

“Penutupan juga adalah bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya di laluan itu terjamin,” katanya, hari ini.

Tular satu video di media sosial memaparkan kenderaan yang melalui laluan alternatif dari Georgetown ke Jalan Batu Feringghi itu terpaksa berpatah balik susulan penutupan jalan.

Terdahulu, tular satu video di media sosial memaparkan kenderaan yang melalui laluan alternatif dari Georgetown ke Jalan Batu Feringghi itu terpaksa berpatah balik susulan penutupan jalan.

Berdasarkan maklumat video itu mendakwa penutupan jalan itu dilakukan susulan terdapat insiden tanah runtuh. – MalaysiaGazette