Foto: Fb Nicolas Maduro

TEHRAN – Rampasan pesawat Presiden Venezuela yang dilakukan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) merupakan tindakan lanun dan satu contoh ‘arahan berasaskan peraturan’, kata kenyataan Kementerian Luar Venezuela.

“Ini merupakan contoh dakwaan ‘arahan berasaskan peraturan’ yang tidak mengendahkan undang-undang antarabangsa, yang mencari untuk membina kekukuhan undang-undang bagi mewujudkan peraturan yang memenuhi kepentingan mereka disusuli bebas daripada hukuman secara keseluruhan,” kata kementerian tersebut.

Para diplomat Venezuela menyatakan ‘pihak berkuasa AS sekali lagi menggunakan tindakan jenayah yang disifatkan sebagai tindakan lanun, dengan menyita secara haram sebuah pesawat yang digunakan presiden republik itu’.

“Mereka menjustifikasikan tindakan mereka dengan langkah bersifat memaksa secara unilateral dan haram dilakukan di seluruh dunia,” katanya seperti dipetik agensi berita, Tass.

Kementerian itu menambah, ‘Venezuela mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan kerugian yang dialami kepada negara itu selain kerugian lain disebabkan dasar jenayah terhadap langkah bersifat memaksa unilateral itu’.

Terdahulu, CNN yang memetik sember melaporkan, AS menyita pesawat Presiden Venezuela, Nicolas Maduro bernilai AS$13 juta dan melencongkannya ke Florida dari Republik Dominica di mana ia berada untuk beberapa bulan lalu.

Jabatan Kehakiman AS kemudian mengesahkan maklumat tersebut. – Agensi