Pegawai Penguatkuasa KPDN dalam operasi besar-besaran yang dilakukan di 19 buah kedai di Segambut, hari ini.

SEGAMBUT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dengan kerjasama KPDN Putrajaya dan KPDN Selangor telah memeriksa 19 buah kedai runcit Kampung Segambut Dalam, di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN WPKL, Nurul Syarina Md Anuar, operasi itu dijalankan susulan aduan yang tular di laman sosial Tik Tok baru-baru ini.

“Sebanyak 11 kompaun diserahkan susulan pelbagai kesalahan seperti tiada tanda harga, alat timbang yang tidak ditentukan dan menjual barang kawalan tanpa lesen.

“Jumlah keseluruhan sitaan dianggarkan bernilai RM3,300 pelbagai kesalahan.

“Selain itu, ada juga peniaga yang melakukan kesalahan dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 ( Akta 723) kerana menjual barangan harga terkawal melebihi harga ditetapkan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, terdapat juga tiga kes yang disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961  kerana menjual barang kawalan secara runcit tanpa lesen yang sah.

“Semakan mendapati pemilik premis adalah warga tempatan berdasarkan lesen PBT, namun sebahagiannya dipercayai diuruskan pekerja asing manakala pelanggan kebanyakkannya juga warga asing yang tinggal disekitar kawasan berkenaan

“Walaubagaimanapun kami mendapat ada juga premis yang telah tamat tempoh,” tambahnya.

KPDN ingin memberi amaran kepada peniaga untuk tidak menjual barang kawalan melebihi harga yang ditetapkan oleh kerajaan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast