Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qadri medahului mengangkat sumpah sebagai ADUN Lantikan Pahang pada Majlis Angkat Sumpah pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini

KUANTAN – Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan Pahang hari ini mengangkat sumpah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di sini.

Mereka adalah pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan Pekan, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qadri; Ketua MCA Bahagian Temerloh, Datuk Wong Tat Chee; Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah; Pengerusi AMANAH Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly dan Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Rizal Jamin.

Kelima-lima mereka mengangkat sumpah dan menandatangani watikah pelantikan di hadapan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Majlis angkat sumpah dilakukan sempena Mesyuarat ke-2 Penggal ke-3 DUN Pahang menyaksikan dewan tersebut dianggotai 47 ahli. – Malaysiagazette

Artikel Berkaitan :

Pertindihan jawatan ADUN lantikan dan Penyelaras DUN hanya persepsi – Wan Rosdy

Lima ADUN Lantikan Pahang tak berfungsi, dakwa Jasri