Brandon Siow Chow Chen didakwa atas pertuduhan pecah amanah di Mahkamah Butterworth, Pulau Pinang hari ini.

BUTTERWORTH – Pengarah urusan sebuah syarikat pengubahsuaian rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 11 pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah RM46,990.

Tertuduh, Brandon Siow Chow Chen, 30, membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Noor Aini Yusof.

Mengikut kesemua pertuduhan, lelaki itu didakwa pecah amanah dana sebuah syarikat berjumlah RM46,990 untuk kegunaan sendiri.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat syarikat di Kampung Paya di sini, antara 20 Jun tahun lalu hingga Mac lepas.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang bileh dipenjara antara dua hingga 20 tahun dengan sebatan dan boleh denda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh dibenarkan ikat jamin RM28,000.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Rifaie Mohamed Riyaludin memohon jaminan keseluruhan kes berjumlah RM32,000.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili tertuduh, HK. Hng merayu agar dikenakan jaminan minima atas alasan anak gumamnya perlu menanggung isteri serta ibu bapa berusia 60-an.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM28,000 beserta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Kes akan disebut semula pada 4 Oktober depan bagi serahan dokumen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast