Roney Irwan yang sedang dicari SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes.

Lelaki tersebut, Roney Irwan Mohamad Nor, 49, mempunyai alamat terakhir di No 48, Jalan Laman Bakawali, D/6 Kota Seriemas, Nilai di Negeri Sembilan.

SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terlibat agar segera menghubungi pegawai penyiasat, Muhammad Syahmil Mohamad Ali di talian 03- 92065000 atau 013-4325791 atau emel kepada [email protected]. – MalaysiaGazette