13 tahun menunggu kehadiran cahaya mata pertama dan setahun isteri mengambil cuti tanpa gaji demi menjaga anak kurniaan Tuhan.
Namun amat menyayat hati apabila bayi yang baru lima hari dihantar ke pengasuh, Muhammad Al Faeh Amri, lapan bulan terkulai dalam keadaan mulut berdarah dan muka kebiruan sebaik ibunya sampai ke pusat asuhan kanak-kanak hari ini.