Alias Awang

KUALA LUMPUR – Lelaki yang dipukul dan ditembak oleh sekumpulan lelaki termasuk seorang lelaki yang didakwa kerabat diraja Pahang kesal kerana terpalit dengan isu perebutan tanah di Rompin.

Alias Awang, 44, tidak menyangka tindakannya mengambil upah menambak tanah penduduk kampung ekoran kerja-kerja pemotongan jalan menyebabkan dia menjadi mangsa dendam pihak-pihak tertentu.

Katanya, dia mengambil upah bagi kerja-kerja itu pada April lalu di Kampung Selendang, dekat Rompin.

Malah, tegasnya, dia tidak ada kaitan dengan dakwaan hendak rampas tanah kerana tanah yang ditambak itu milik penduduk Kampung Selendang.

“Sebenarnya saya dipanggil buat kerja penambakan jalan, tak ada kaitan dengan isu rampasan tanah itu. Saya bawa jengkaut sahaja.

“Tetapi mereka ingat saya dalang rampas semula tanah. Orang kampung yang sewa jengkaut itu sebab mereka mahu potong jalan buat parit.

”Saya ditugaskan tambak jalan kerana mereka potong jalan utama untuk jalan masuk, saya tidak masuk campur urusan lain,” katanya sambal mendakwa serangan ke atasnya ada kaitan isu tanah di Rompin menyebabkan salah seorang daripada mereka tidak berpuas hati dengannya.

Diserang kerabat Pahang, Tengku Hassanal minta siasatan tanpa kompromi

Susulan kejadian serangan itu, dia menerima 13 jahitan di paha kanan selepas ditikam menggunakan pisau.

Alias mendakwa dia serang kira-kira 20 orang termasuk kerabat diraja itu.

Malah, dia mendakwa lelaki kerabat itu yang melepaskan tembakan ke arah kakinya namun tembakan itu tersasar.

Alia membuat laporan polis pada 8 Jun lalu selepas dua hari insiden berkenaan berlaku.

Walaupun syukur kerana selamat daripada terkena tembakan, dia tetap kesal dengan tragedi menimpanya.

Semalam, dalam satu kenyataan, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah meyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan penuh berhubung insiden kes keganasan fizikal melibatkan kerabat Pahang yang tular di media sosial.

Tengku Hassanal bertitah, siasatan penuh secara segera, telus dan adil tanpa sebarang kompromi kepada mana-mana pihak agar keadilan dapat ditegakkan. – MalaysiaGazette

Alias bersyukur nyawanya masih panjang