Bekas wira negara dalam sukan angkat berat, Che Mohd Azrol Che Mat, 45 taun meninggal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
Allahyarham yang pernah mengharumkan nama negara di pentas antarabangasa selepas meraih dua pingat emas dalam Sukan SEA di Vietnam 2003 dan Filipina 2005 itu, menghembus nafas terakhirnya pada jam 7.09 minit malam akibat serangan jantung selepas sepuluh hari dimasukkan di hospital berkenaan.