Dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan dipercayai dalang utama sindiket ejen haram antara lapan individu ditahan dalam operasi khas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sekitar Putrajaya, Puching, Kelana Jaya dan Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Turut diberkas dalam operasi pada 4 dan 5 September lalu seorang lelaki Vietnam dan India dipercayai ahli sindiket, selain tiga wanita terdiri daripada dua warga Vietnam dan seorang Sri Lanka.