Presiden MAPIM, Azmi Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – Tidak sepatutnya ada pihak yang menyalahgunakan kebebasan bersuara secara sembrono dengan tidak menghormati sensitiviti agama kaum lain.

Presiden Majlis Pertubuhan Perundingan Islam Malaysia (MAPIM),  Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya bertegas gabungan agama bukan Islam yang mempertikaikan penempatan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di jabatan kerajaan.

“Pemimpin tidak sepatutnya mencetuskan prasangka kerana negara ini sudah lama menerapkan Islam dalam pentadbiran dan tidak pernah sekalipun dipersoal.

“Debat mereka seperti sengaja membangkitkan isu agensi agama melaksa melaksanakan polisi menerapkan nilai Islam dalam tatakelola pentadbiran negara adalah tidak wajar sama sekali,” katanya dalam kenyataan.

Azmi berkata, pihaknya menyokong pendirian Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) untuk mempertahankan tindakan JAKIM.

“Kerangka perlembagaan dan kerukunan hidup antara agama menjadi asas negara ini dibangunkan.

“Kami berpendirian semua pihak perlu memelihara keharmonian dalam negara majmuk ini demi memastikan masa depan  negara dapat dijamin, aman dan sejahtera,” ujarnya.

Sebelum ini,  Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memaklumkan Mesyuarat  Jawatankuasa Harmoni (JK HARMONI) yang dikendalikan bersama kementerian itu dan JAKIM telah menubuhkan tiga biro (sub jawatankuasa).

Penubuhannya untuk memastikan gerak kerja lebih efektif dalam melaksanakan inisiatif keharmonian antara agama dalam negara terjaga.

Bagaimanapun, penempatan pegawai JAKIM di jabatan kerajaan telah ditentang oleh Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST). – MalaysiaGazette