Kes Kanak-Kanak Dirotan Siak Masjid #MGFlash

Polis mengesan satu kes tular di media sosial mengenai kejadian seorang kanak-kanak berumur 11 tahun dirotan siak ketika solat Jumaat di sebuah masjid di Gombak yang tular sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, pihaknya telah menerima aduan daripada seorang wanita berusia 39 tahun membuat laporan polis anaknya dirotan siak masjid pada 30 Ogos lalu.