Lelaki Fitnah Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Ditahan #MGFlash

Polis menahan seorang lelaki berkaitan hantaran komen berbaur fitnah menerusi media sosial Facebook terhadap anggota polis yang terkorban dalam insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Tapah Supritendan Mohd Naim Asnawi berkata pihaknya menerima laporan mengenai dakwaan fitnah berkenaan daripada waris keluarga Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar pada 29 Ogos lepas.