Pengasuh Direman Tujuh Hari #MGFlash

Pengasuh wanita yang dipercayai membunuh bayi lelaki berusia 8 bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah pagi semalam direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.

Perintah ke atas suspek berusia 34 tahun bermula hari ini sehingga 13 September dikeluarkan oleh Majistret, Nor Syaliati Mohd Sobri bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.