Suspek kes kematian bayi lelaki berusia lapan bulan, Muhammad Al Fateh Amri Mohd. Fikry Amri di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska), Taman Kelemak Utama, di sini, 6 September lalu akan berdepan tuduhan bunuh di Mahkamah Majistret Alor Gajah esok.

MELAKA – Pengasuh wanita yang dipercayai membunuh bayi lelaki berusia lapan bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah pagi semalam direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Perintah reman suspek berusia 34 tahun sehingga 13 September ini dikeluarkan oleh Majistret, Nor Syaliati Mohd Sobri bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

BACA: Pengasuh baru sehari jaga anak, ada kes sebelum ini – Mohd Fikry

Terdahulu suspek yang juga ibu kepada tiga anak berusia dua, enam dan lapan tahun bertubuh kecil anggaran ketinggian 145 sentimeter dan berat 55 kilogram itu tiba di mahkamah dengan diiringi pegawai polis kira-kira pukul 9.30 pagi.

Malam tadi, polis mengesahkan pengasuh terbabit sudah ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Taska berkenaan kira-kira 3.30 petang semalam.

Suspek yang juga ibu kepada tiga anak berusia 2, 6 dan 8 tahun bertubuh kecil anggaran ketinggian 145 sentimeter dan berat 55 kilogram tiba di mahkamah dengan diiringi pegawai polis kira-kira jam 9.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah dilaporkan berkata, suspek berasal dari Endau, Johor.

Semalam MalaysiaGazette melaporkan bapa bayi, Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, mendakwa dalam kejadian 8 pagi itu, pengasuh berkenaan dilihat membedung, menyumbat botol susu menutup dengan kain dan menekup muka anaknya dengan bantal.

Perbuatan itu dilihat menerusi CCTV Taska selepas pengasuh berkenaan meminta isterinya datang untuk mengambil bayi sulungnya itu kira-kira pukul 9 pagi, sejam selepas kejadian itu.

Sebaik tiba, bayinya itu sudah dalam keadaan terkulai, mulut berdarah dan muka kebiru-biruan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Bayi 8 bulan maut: Pengasuh bedung anak, sumbat botol susu, tekup dengan bantal, dakwa bapa