Suspek Bunuh Bayi Direman Pagi Ini #MGFlash

Pengasuh wanita berusia 34 tahun yang disyaki membunuh bayi lelaki berumur 8 bulan di sebuah taska di Taman Kelemak Jaya Utama, Melaka, akan direman pagi ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, permohonan akan dibuat di Mahkamah Ayer Keroh, Melaka untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.