Terjun Kolam Kerana Takut Dicekup #MGFlash

Seorang warga asing terjun ke dalam kolam bagi mengelakkan diri dicekup, tetapi berjaya ditangkap anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam serbuan Ops Kutip di sebuah tapak pembinaan di Kempas, Johor, Jumaat lalu.

Pengarah Imigresen Negeri , Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, beberapa yang lain turut mengambil tindakan nekad dengan melintas Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran .