Seorang aktivis kemanusiaan Amerika Syarikat -Turkiye berusia 26 tahun menjadi korban terbaharu keganasan rejim pengganas Zionis di Tebing Barat.
Aysenur Ezgi Eygi, antara peserta yang mengambil bahagian dalam demontrasi terhadap pembesaran penempatan Yahudi di bandar Beita dekat Nablus ditembak mati tentera pengganas Israel semalam.
Seorang peserta demonstrasi itu memberitahu, Aysenur pertama kali mengambil bahagian dalam bantahan yang diadakan.