Poster filem ‘Greatest Of All Time’ atau GOAT lakonan Thalapathy Vijay.

KUALA LUMPUR – Filem The Greatest of All Time (GOAT) yang bermula Khamis lepas mencatakan kutipan pra jualan sebanyak RM2.3 juta.

Pengasas Veedu Production, Denes Kumar terkejut dengan sambutan yang diterima dan filem arahan Venkat Prabu akan ditayangkan di 160 buah pawagam di seluruh negara.

“Kejayaan dan sokongan ini juga boleh saya katakan sebagai satu daya tarikan meluas daripada pelbagai kaum di Malaysia yang meminati filem Tamil,” katanya ketika ditemui pada tayangan ‘Gala Screening’ di sini.

Katanya, kejayaan GOAT di Malaysia menjadi bukti filem Tamil diterima masyarakat.

Sementara itu, Veedu dan FST turut mengadakan ‘Gala Screening’ sebagai acara promosi dengan kehadiran lebih 1,000 hadirin dalam kalangan artis tempatan, wakil-wakil media, pemain industri selain pihak berkepentingan yang lain.

FST dan Veedu Production pengedar rasmi filem GOAT di Malaysia.

Kata Denes yang juga merupakan artis tempatan, pihaknya juga telah menjemput kelab-kelab peminat Vijay yang mendapat sambutan menggalakkan.

GOAT yang merupakan filem aksi yang turut dibintangi Prashanth Thyagarajan, Prabhu Deva, Mohan, Jayaram, Sneha, Laila, Yogi Babu. – MalaysiaGazette