Seorang Guru Besar, Rosnah Mat Zain, 57, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini atas kesalahan menggunakan dokumen palsu bagi pembelian sebuah piano digital kira-kira tiga tahun lalu. Foto: Aniq Nabilafiq Anuar

IPOH – Seorang guru besar sebuah sekolah rendah didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menggunakan dokumen palsu bagi pembelian sebuah piano digital kira-kira tiga tahun lalu.

Hukuman itu diputuskan Hakim Datuk Ibrahim Osman selepas Rosnah Mat Zain, 57, mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 465 Kanun yang sama yang ditawarkan daripada pihak pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menggunakan dokumen sebagai tulen iaitu invois Brickwork Resource bertarikh 6 Disember 2021 kepada sebuah sekolah rendah di Teluk Intan untuk pembayaran pembelian piano digital berjenama Roland berserta bangku berwarna hitam berjumlah RM10,200.

Dia didakwa secara tidak jujur telah menggunakan invois tersebut dengan mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen tersebut adalah palsu.

Pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun sama membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Ibrahim memutuskan hukuman tersebut dan jika gagal membayar denda dikenakan hukuman satu bulan penjara.

Pada prosiding itu, Ibrahim turut menasihati tertuduh supaya lebih berhati-berhati dalam membuat keputusan sebagai penjawat awam.

β€œIni baru hukuman dunia, di akhirat belum kira lagi, kalau buat silap bertaubatlah,β€œ katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor dan Pegawai Pendakwa Sharul Azuan Ghazali. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here