Penyampai radio Hot FM.

KUALA LUMPUR – Penyampai radio Hot FM, Johan enggan memberi komen mengenai kecaman diterima susulan video tular segmen Bekpes Hot yang diperkatakan mempersenda Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Johan atau nama sebenarnya Mohammad Yazid Lim Mohd. Aziz berkata, isu berkenaan seharusnya dijawab oleh pihak pengurusan stesen berkenaan dan beliau hanya menjalankan tugas sebagai penyampai.

“Saya hanya bekerja. Seharusnya isu itu pihak pengurusan yang jawab dan hanya menjalankan tugas sebagai penyampai untuk hiburkan pendengar,” katanya dalam rakaman video selepas majlis tayangan filem terbaharu lakonannya berjudul Baik Punya Ah-Long yang berlangsung di GSC Mid Valley semalam.

Kelmarin tular video menyaksikan rakan penyampai iaitu Khairy Jamaluddin (KJ) didakwa sengaja mempersendakan manifesto yang pernah dibuat oleh Anwar.

Dalam satu rakaman berdurasi 38 saat, KJ mempromosi dirinya untuk diundi sebagai Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36.

“Sedara-sedara, hari ini saya menang, esok kita makan ramai-ramai. Saya ulang” katanya.

Gurauan spontan KJ itu disambut dengan gelak tawa Johan serta seorang lagi rakan penyampai, Fara Fauzana.

Namun ada netizen yang kurang senang dengan sketsa mereka ketika itu yang mengendalikan segmen berkenaan.

Menerima komen berkenaan dengan hati terbuka, Johan, 40, juga menganggap ia sebagai satu peringatan agar tidak terlalu selesa dalam menjalankan tugas.

“Saya dah lama dalam industri. Sudah pelbagai yang saya tempuhi. Perkara begini saya anggap Allah jentik supaya beringat. Jangan terlalu selesa dengan apa yang kita lakukan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. sindirannya sememang sudah menjadi ikonnya… hari ini menang, esok dot dot & saya ulang!!!… mengapa malu dengan itu? budak tadika pun sukakannya. Bossku drngan ikon Malu Apa Bossku bangga dengan ikon itu, bisye-bisye ajer dengan Money is King yg menjadi motto dlm perjuangannya. Mengapa mahu terasa pedas dengan cili yg makan?.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here