Logo Polis Diraja Malaysia (PDRM)

KOTA TINGGI – Satu rangka manusia telah ditemukan dalam loji kumbahan di Taman Seri Penawar, Bandar Penawar, di sini oleh kontraktor yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, pihaknya telah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan mengenai penemuan tulang itu, pada 9 September lepas.

“Hasil siasatan mendapati satu kain pelikat tersangkut pada mesin kisar tapis sampah.

“Pemeriksaan menyeluruh di lokasi kejayaan menjumpai satu tengkorak, tujuh ketul tulang panjang, sepasang tulang pinggul dan segumpal rambut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Rangka serta tulang yang ditemui tersangkut di bahagian tengah mesin kisar tapis sampah itu juga telah dikeluarkan oleh pihak bomba.

“Spesimen tulang itu telahpun dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kes diklasifikasikan sebagai mata mengejut,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast