Ketua Pemuda Pas Pahang, Mohd Zarimi Abu Zih Al Syubraw bercakap pada sidang media berkenaan Muktamar Dewan Pemuda PAS ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Temerloh, Pahang. Foto AIZAT ZAINAL, 12 SEPTEMBER 2024

TEMERLOH – Pas Teraju Pahang telah dipilih sebagai tema yang diangkat parti itu buat kali ketiga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) nanti.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang, Mohd Zarimi Abu Zih Al Syubraw berkata, tema tersebut dilihat dapat membangkitkan semangat perjuangan dalam kalangan ahli pelapis pemimpin pada masa akan datang.

Jelasnya, tema tersebut senada dengan tema ’Kita Memimpin’ yang dibangkitkan oleh Dewan Pemuda Pas Pusat pada hari ini sempena Muktamar Pas ke-70.

”Ini adalah siri jelajah seluruh kawasan dan DUN (Dewan Undangan Negeri) di Pahang seluruh pewakilan di Malaysia datang membangkitkan semangat jentera pilihan raya pemuda dan seluruh jentera Pas di Pahang.

”Semua fokus kepada gerak kerja kita target kita akan memimpin negeri Pahang pada PRU-16 ini,” katanya ketika sidang media di Kompleks Tarbiah Al-Makmur di Kerdau hari ini.

Hadir sama Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamuddeen.

Sementara itu, Mohd Zarimi membidas kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim yang mendakwa Kerajaan negeri terpaksa melantik Penyelaras DUN di kawasan yang dimenangi pembangkang kerana kegagalan ADUN Pas membuat kerja.

”Nak menyangkal kenyataan bila mana dia (Mohd Kamil) menempelak kenyataan kononnya terpaksa melantik Penyelaras DUN di ADUN yang dimenanagi oleh Pas dan Perikatan Nasional (PN) disebabkan ADUN Pas tak buat kerja.

”Kita nak bagitahu Pemuda UMNO di Pahang ini tak buat kerja, bila buat kenyataan dia tak baca mungkin dia jarang tengok Facebook atau TikTok.

”Saya tengok semua ADUN, YB Pas dan PN setiap hari ada posting berkenaan kita ziarah, kita bagi sumbangan walaupun kita tidak diberi peruntukan,” tegasnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Saya turun kawasan tak perlu beritahu UMNO – Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim sepatutnya cuti terus dari DUN Cheka – Kamil

Sasar tarik anak jemaah dalam misi Pas teraju Pahang – Siti Zailah

Muktamar Pas: Gelanggang dibuka, kecam keganasan Israel

 

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here