Naib Canselor UPTM, Prof. Madya Dr. Syarifah Syahirah bersama rakan strategik Proza Ventures menandatangani NOC ketika di majlis perasmian Academia-Industri Colloboration 2.0 UPTM di Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 12 SEPTEMBER 2024.

KUALA LUMPUR – Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) menyasarkan sebanyak 95 peratus kebolehpasaran graduan (GE) dalam program Academia-Industrial Collaboration (AIC) 2.0 pada tahun ini berbanding pada 2023 yang merekodkan 91.5 peratus GE.

Naib Canselor UPTM, Profesor Dr Syarifah Syahirah Sy Sheikh berkata, ini kerana permintaan menerusi AIC 2.0 mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pihak industri termasuk memberi pendedahan awal serta persediaan pada bakal graduan menghadapi dunia pekerjaan yang sebenar.

Dr. Syarifah Syahirah

“Hari ini kami telah berkolaborasi dengan 27 rakan strategik pelbagai industri sebagai lonjakan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan ke tahap maksima dan persiapan dari segi pengetahuan serta peluang buat pelajar.

“Kami mementingkan teori dan praktis yang menjadi tanggungjawab pihak universiti untuk memastikan platform yang kukuh bagi industri manakala pelajar, bukan sekadar hanya lulus dengan ijazah tetapi mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk memasuki pasaran kerja.

“Pendedahan seperti ini adalah penting agar UPTM dapat menghasilkan graduan gred dan kompetensi berkualiti tinggi yang mempunyai kemahiran, berdaya saing serta menjadi pilihan utama majikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis AIC 2.0 bersama menyaksikan majlis pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara UPTM dan 27 pemain industri terlibat, di sini hari ini.

Naib Canselor UPTM, Prof. Madya Dr. Syarifah Syahirah bersama rakan strategik Proza Ventures menandatangani NOC ketika di majlis perasmian Academia-Industri Colloboration 2.0 UPTM di Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 12 SEPTEMBER 2024.

Tambah Syarifah Syahirah, AIC 2.0 juga bakal mengadakan pameran kerjaya membabitkan beberapa syarikat swasta dan organisasi kerajaan terkemuka.

Antara yang terlibat adalah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan KL, Takaful Malaysia, Perkeso, Universiti Telnologi Malaysia, CRIT e-Sport Malaysia Sdn Bhd dan banyak lagi.

“Program ini dijangka mampu menyediakan pertukaran kepakaran, penempatan latihan industri bagi pelajar akhir tahun dan konsultasi pendidikan oleh badan profesional, syarikat-multi nasional, pemain industri dan badan bukan kerajaan.

“Seiring dengan hasrat Majlis Amanah Rakyat (Mara), kami bertekad untuk menyediakan platform terbaik bagi berkongsi pengetahuan kepakaran dan meneroka pelbagai peluang penempatan graduan kami di pasaran industri melalui kerjasama strategik serta pameran kerjaya ini,” jelasnya.

Syarifah Syahirah yakin menerusi pelaksaan AIC 2.0 itu akan memberi impak yang kuat dan besar kepada pengukuhan jaringan industri, visibiliiti dan reputasi kpada UPTM.

Program AIC 2.0 dilaksanakan dengan menyasarkan kumpulan pelajar tahun akhir dan pelajar UPTM sebagai persediaan mereka memasuki industri pekerjaan selain mengetahui keperluan semasa yang diperlukan untuk menjadi pemain industri yang kompetitif. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here