Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin

TEMERLOH – Pas merupakan sebuah parti yang hanya menunggang Islam berbanding UMNO yang lebih lantang memperjuangkan isu agama.

Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Shahaniza Shamsudin berkata, penggabunggan UMNO denan Pakatan Harapan (PH) jauh berbeza berbanding Pas sewaktu bertahaluf siasi dengan DAP melalui Pakatan Rakyat dan Barisan Alternatif.

”Selama mana pembentukan Kerajaan Perpaduan ini terjalin, sehingga kini UMNO masih kekal dan tegas memperjuangkan agenda Islam, bangsa Melayu dan Raja- raja Melayu tanpa sebarang kompromi.

”Lihat saja isu stokin, isu logo halal, isu Kg Baru Cina dan banyak lagi isu. Dalam agenda ini UMNO lebih ke hadapan berbanding Pas yang hanya menunggang perkataan Islam dalam parti politik mereka,

”Pas tak perlu ajar UMNO cara bertahaluf siasi dengan DAP kerana UMNO sama sekali tidak pernah bertahaluf siasi dengan DAP,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Semalam Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, pemimpin UMNO yang berada dalam kerajaan pada ketika ini tidak berperanan dalam mempertahankan Islam sehingga pemimpin DAP begitu lantang bersuara.

Menurut Shahaniza, UMNO menerusi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 memperjuangkan sistem pendidikan tahfiz sehingga hari ini menjadi suatu dasar pendidikan dalam Kerajaan Madani iaitu Dasar Tahfiz Negara.

Jelas Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang itu, dasar tersebut bakal melahirkan golongan professional dalam kalangan huffaz.

Sebaliknya Shahaniza berkata, ia sangat berbeza ketika zaman Pas bertahaluf yang mana wujud kepincangan selain dilihat menggadai maruah parti dan perjuangan mereka.

Katanya, Pas tidak ubah seperti sesumpah yang boleh merubah keadaan diri mengikut keadaan semasa dengan menampilkan dalil-dalil yang mengelirukan rakyat dan menyifatkan parti itu tiada pendirian serta mementingkan politik semata-mata.

”Bukan sahaja berpelukan, pemimpin Pas sanggup menyamakan Lim Guan Eng (Setiauaha Agung DAP ketika itu) dengan Khalifah Umar Ibnu Aziz dan pemimpin Pas pernah mengeluarkan hukum wajib mengundi DAP dalam pilihan raya.

”Selain itu penyokong Pas menjunjung dan menjulang bendera DAP sewaktu kempen pilihan raya. Ia termasiuk Pas sanggup mengubah dasar perjuangan Negara Islam yang diperjuangkan selama ini kepada Negara Berkebajikan demi menjaga hubungan dengan DAP,” katanya. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan :

Gagal pertahan isu sijil halal, Afnan cabar UMNO tinggalkan kerajaan

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here